Hadis Dha'if dan Mawdhu' Dalam Kitab Nashoihul Ibad
Hadits Dha'if Dan Mawdhu' Dalam Kitab Nasa'ih Al-'Ibad (Nashaiul Ibad, Nashaih al-Ibad, Nashaaihul Ibaad)
Kitab Nasa'ih al- 'lbad yang dikarang oleh sheikh Nawawi al-Banteni merupakan kitab klasik yang mengandu cukup terkenal di Nusantara khususnya Indonesia karena banyak dipelajari di pondok-pondok pesantren baik itu yang salaf (klasik) maupun modern.
Sheikh Nawawi al-Banteni banyak menggunakan hadis-hadis Nabi SAW sebagai sumber utama dan argumen (hujjah) dalam kitab tersebut. Beliau juga memasukkan beberapa kategori hadis hadis di antaranya adalah hadis Da'if dan Mawdu '. Permasalahannya adalah kitab ini mengandungi banyak hadis Da'if dan Mawdu' yang menjadi referensi dan panduan amal sehari-hari bagi umat Islam.
Daftar isi
- Pendahuluan
- Sorotan Literatur Penulis Buku
- Tinjauan Umum Tentang Penulis Buku : Sheikh Nawawi al-Bantani
- Pengenalan Kitab Nasa'ih al·'lbad
- Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if dan Mawdu'
- Hukum Beramal Dengan Hadis Daif Dalam Bidang Aqidah
- Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if Dalam Bidang Fada'il
- Larangan Beramal Dengan Hadis Da'if
- Boleh Beramal Dengan Hadis Da'if Dengan Beberapa Syarat.
- Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if Dalam Bidang Ahkam
- Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if Dalam Bidang Tafsir dan Qira'at
- Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if Dalam Bidang al-Siyar (sejarah hidup Rasulullah) dan al-Maghazi (sejarah peperangan Nabi SAW)
- Metodologi kajian
- Hasil dan Perbincangan
1. Pendahuluan
Dalam dunia Islam terutama di wilayah Nusantara
sangat kaya dengan alim ulama, ilmuan, cendekiawan dan intelektual dalam
pelbagai bidang. Sumbangan mereka dalam ilmu pengetahuan sangat besar terutama
bagi umat Islam dari dulu hingga sekarang sehingga dapat menyuburkan suasana
pengajian ilmu di Nusantara ini. Diantaranya yang terkenal ialah Syeikh Nawawi
al-Banteni nama aslinya adalah Muhammad bin 'Umar bin 'Arabi bin 'Ali. Beliau
terkenal dengan nama Muhammad Nawawi Sheikh al-Jawi al-Banteni1. Di Indonesia
beliau dikenali dengan panggilan K.H Nawawi Putra Banten2. Sheikh Nawawi
dilahirkan pada tahun 1230 H/1813 M di kampung Tanara, Serang, Kecamatan
Tirtayasa Kabupaten Banten, Jawa Barat lndonesia3 dan wafat ketika berumur 84
tahun, yaitu pada tanggal 24 Syawal 1314 H/1897 M di tempat tinggalnya yang
terakhir di Shi'ib 'Ali Makkah4. Nawawi al-Banteni adalah seorang tokoh ulama
terkemuka, yang dipuji oleh Snouck Hurgronje sebagai penduduk setempat yang
sangat rendah hati, seorang ilmuan pada masanya, dan penulis yang produktif
dalam berbagai disiplin ilmu. Bahkan hari ini, banyak bukunya dipelajari di
pesantren Indonesia dan wilayah Nusantara lainnya.
1 Yusuf 'Allan Sarkis, t.th, Mujam al-Matbu 'ah al-'Arabiyyah wa
al-Mu'arrabah, him. 1881, al-Qahirah : Maktabah al-Thaqafah al-Diniyyah.
2 Karel, S.A, 1984, Beberapa Aspek Tentang Islam di Indonesia Abad
ke 19, him. 117, Jakarta : Terjemahan Bulan Bintang.
3 Chaidar,
1978, Sejarah Pujangga Islam Shaykh Nawawi Banteni, him. 5, Jakarta : CV Sarana
Utama, 1978, him. 5.
4 Rafi'uddin Ramli, t.th, Sejarah Hidup dan
Si/si/ah Keturunan Shaykh Nawawi Banteni, him. 7, Banten : Yayasan Nawawi
Tanara.
2. Sorotan Literature Penulis Buku
2.1 Tinjauan Umum Tentang
Penulis Buku : Sheikh Nawawi al-Bantani
Menurut satu sumber, Sheikh
Nawawi telah berjaya menghasilkan 99 buah karya tulis, manakala menurut sumber
lain menyatakan bahawa hasil karya beliau mencapai 115 buah yang mencakupi
pelbagai bidang disiplin ilmu5. Di Indonesia, karya-karya Sheikh Nawawi boleh
didapati dipelbagai kedai buku yang ada di kota kota.6 Berdasarkan hasil
penelitian yang dilakukan oleh Martin Van Bruinessen ke beberapa pesantren di
Indonesia, bahwa Sheikh Nawawi menulis tidak kurang daripada 40 buku, ianya
masih banyak diguna pakai sebagai materi pembelajaran di pesantren lndonesia.7
Di samping itu, tidak kurang daripada 22 buah hasil karya Nawawi masih tersebar
secara meluas, manakala 11 buah kitab karyanya adalah termasuk dalam kumpulan
100 kitab yang paling banyak digunakan di pesantren. s AH Johns mendapati bahwa
kesemua hasil karya beliau adalah dalam bahasa Arab yang sederhana. Hal ini
mungkin karena ia sesuai dengan tahap kemampuan masyarakat Nusantara dalam
memahami bahasa Arab, selain itu kitab-kitab beliau banyak digunakan di
Nusantara.9 Karya-karya Sheikh Nawawi juga di pelajari disekolah sekolah agama
Mindanou (Filipina Selatan) dan Thailand Selatan. Menurut Ray Salam
T. Mangondaan, peneliti di Institute Studi Islam University of
Philipines, karya Sheikh Nawawi banyak dipelajari di sekolah agama Filipina
Selatan yang masih menggunakan sistim pembelajaran Tradisional 10. Keunggulan
Nawawi al-Bantani tidak hanya diakui di negaranya tetapi juga di dunia Arab. Dia
dikenal melalui karyanya dalam bahasa Arab di pelbagai disiplin ilmu. Melalui
karya-karyanya yang tersebar luas, maka nama Syeikh Nawawi termasuk dalam
kategori ulama terkenal pada abad
5 Ensiklopedia Islam,1994, cetakan ke-3, juz. 4,hlm. 24, Jakarta :
PT, lchtiar Baru Van Hoeve.
s Ibid, him. 59-65.
7
Bruinesen, Martin Van, 1415/1995, Kitab Kuning (Pesantren dan Tarekat),
terjemahan , him. 239, Bandung : Mizan.
s Ibid, him 38.
9 Johns, A.H t.th, Qur'anic Exegesis in the Malay Word, him. 3,
t.pt, t.tp.
10 Agus Sutopo, 2008 , Sumbangan Nawawi al-Bantani Dalam
Bidang Hadis : Kajian Terhadap Kitab Tanqih al-Qawl, him. 53, Disertasi
Majister. Jabatan al-Quran dan Hadis. Akademi Pengajian Islam, UM.
14 H I 19 Masehi. Dia digelari sebagai al-Imam Muhaqqiq wa Fahmu
Mudaqqiq dan digelari juga sebagai Imam Nawawi al-Tsani. 11 Gelaran-gelaran lain
yang diberikan kepada beliau ialah Ulama al-Hijaz, Imam ulama al-Haramayn, salah
seorang Fuqaha' dan Hukama al-Mutaakhirin dan maha guru pada Nasrul Ma'arif
Diniwah di Makkah.12 Prof.Dr.Hamka menyebut bahawa Sheikh Nawawi merupakan tokoh
ulama besar diawal abad ke empat belas hijrah atau dipenghujung abad ke tiga
belas. K.H DR. ldham Chalid pernah memuji beliau dengan menyatakan : karangan
Sheikh
NawawiDmencakupi seluruh bidang disiplin ilmu yang sangat
diperlukan oleh ummat Islam (Indonesia). Oleh itu, beliau berhak mendapat
gelaran pujangga dunia. 13
2.2 Pengenalan Kitab Nasa'ih al·'lbad
Kitab Nasa'ih al-'lbad
salah satu karya Sheikh Nawawi al-Banteni merupakan karya ilmiyah yang
dikategorikan sebagai manuskrip kitab kuning dalam bidang keagamaan Islam.
Keistimewaan kitab ini tidak hanya terletak pada kedudukannya sebagai kitab
kuning yang bertuliskan bahasa Arab yang merupakan syarahan kepada kitab
Munabbihat 'Ala al-lsti'dad Ii Yawm al-Ma'ad yang dikarang oleh lbn Hajar al
'Asqalani, malahan juga karena ia digunakan sebagai bahan rujukan bagi mendidik
masyarakat Islam di Nusantara khususnya Indonesia serta mampu bertahan dalam
jangka waktu yang begitu lama. Buktinya semenjak dihasilkan pada hari khamis 21
Safar tahun 1314 H hingga kini, kitab ini masih disyarahkan dan diajar di
masjid, surau,
pondok pesantren dan halakah yang terdapat dipelosok
Indonesia14. Kitab ini
termasuk kategori kitab nasihat dan Targhib
wa Tarhib yang berisikan nasihat-nasihat agama yang bersumber daripada
al-Qur'an, hadith-hadith Nabi SAW, atsar para Sahabat dan kata-kata hikmah para
hukama terkenal daripada pelbagai kalangan
11 Asnawi, 1989, Pemikiran Shaykh Nawawi Tentang Ayat Qada' dan
Qadar Dalam Kitab Tafsirnya Marah Labib, him. 38, Tesis Sarjana, Jakarta : IAIN
Syarif Hidayatullah.
12 Ensiklopedia Islam Indonesia, 1993, juz. 2,
him. 845, Jakarta : Depdikbud Indonesia.
13 Chaidar, 1978, Sejarah
Pujangga Islam Shaykh Nawawi Banteni, him. Vi, Jakarta : CV Sarana Utama. 14
Muhammad Nawawi Banteni, t.th, Nasa'ih al- 'lbad Fi Bayan Alfaz Munabbihat 'Ala
al-lsti 'dad Ii Yaum al-Ma'ad, him. 80, Indonesia : Dar lhta' al-Kutub
al-'Arabiyyah.
sama ada daripada ahli hadith, fiqh dan tasawuf. Kitab ini lebih
banyak mengandungi hadith-hadith daripada Rasulullah SAW yang berjumlah lebih
kurang 341 hadith baik ditulis dalam bentuk matan langsung ataupun ditulis dalam
bentuk makna sahaja, dari pelbagai tingkat kesahihan hadith, dan berbagai bentuk
kaedah penulisan hadithnya. Daripada 341 hadis, didapati 117 hadis Da'if dan 71
hadis Mawdu'.
3. Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if dan Mawdu'
Sebagaimana
hadis itu berbeza antara satu sama lain dari segi kekuatannya, oleh itu ada
perbezaan dalam beramal dengan hadis, hadis Sahih dan Hasan merupakan hadis
Maqbul yang diterima dalam pengambilan hukum, sedangkan hadis Da'if adalah hadis
yang ditolak. Ulama berbeza pendapat dalam permasalahan ini, adakah hadis Da'if
tidak diterima sebagai dalil dalam semua permasalahan atau sebahagian sahaja.
Permasalahan itu boleh diringkas kepada 5 perkara :
3.1 Hukum Beramal
Dengan Hadis Daif Dalam Bidang Aqidah
Majoriti ulama ijma' bahawa
hadis Da'if tidak dapat digunakan sebagai dalil dalam permasalahan Aqidah
seperti ma'rifah Allah, Malaikat, Qada' dan Qadar, permasalahan ghayb dan
sebagainya. Bahkan sebahagian besar ulama mensyaratkan permasalahan Aqidah hanya
boleh berhujah dengan hadis Mutawatir, adapun lbn Qayyim dan ulama-ulama lain
mengatakan bahawa Khabar Ahad yang Sahih boleh digunakan sebagai dalil dalam
permasalahan Aqidah.15 lni menunjukan bahawa dalam bidang Aqidah, hadis Da'if
bukanlah merupakan sandaran hujah dikalangan semua ulama.
3.2 Hukum
Beramal Dengan Hadis Da'if Dalam Bidang Fada'il
Para ulama berbeza
pendapat adakah hadis Da'if boleh dijadikan hujjah dalam masalah Fada'il al-
'Amal, Targhib (ajakan untuk mendapatkan pahala) dan Tarhib (ancaman mendapatkan
dosa). Permasalahan ini sudah dibahas oleh para
15 Abd al-Karim bin Abd Allah al-Khudayr, 1997 M, al-Hadith Da'if wa
a/-Hukm al-lhtijaj Bihi, him. 249, Riyad : Dar al-Muslim.
ulama sejak dulu lagi, masing-masing mempunyai hujah yang sangat
kuat. Dalam makalah ini penulis akan cuba menghuraikannya dengan ringkas tanpa
meninggalkan aspek-aspek penting yang terdapat dalam permasalah itu. lni
disebabkan kitab ini merupakan kitab nasihat yang di dalamnya terdapat banyak
hadis tentang Targhib dan Tarhib. Perkara yang dimaksudkan oleh para ulama
tentang hadis Da'if dalam permasalahan ini adalah hadis Da'if yang masih boleh
dikuatkan oleh hadis yang lain (iaitu hadis yang di dalamnya terdapat perawi
yang tidak dikenali atau Jahalah bi al Rawmd an tidak terdapat di dalamnya
syarat Dabt al-Rawi seperti hadis Mursal, Mu'allaq, Mu'dal dan sebagainya.
Adapun hadis yang sangat lemah kerana tohmahan
terhadap 'Ada/ah
Rawmmaka dia bukanlah termasuk dalam pembahasan ini, seperti hadis , mawduk,
Matruk, Munkar dan lain-lain.16 Pendapat ulama dalam permasalahan ini ada tiga
iaitu :
1. Boleh Beramal Dengan Hadis Da'if
Diantara
hujah yang dikemukakan oleh ulama yang membolehkan beramal dengan hadis Da'if
dalam Fada'il al-'Amal secara mutlak adalah hadis yang diriwayatkan daripada
Nabi SAW :
17 1.S. 4-'.i..b. \ ulS. ul3 lA .Ji\ ol..bc l J.,..a..9Jl
oIJ .Ji\ UC- ()A
Maksudnya : Sesiapa yang sampai kepadanya keutamaan
dari Allah SWT kemudian dia mengambil keutamaan tersebut maka Allah akan
memberikan kepadanya apa yang telah dijanjikan walaupun orang yang menyampaikan
hadis tersebut merupakan seorang pembohong. Hujah lain yang dikemukakan adalah
bahawa hadis Da'if lebih kuat daripada pendapat ulama sebab ia dinisbahkan
kepada Rasulullah SAW, pendapat ini dinisbahkan kepada beberapa orang ulama
diantaranya : Muhammad bin al-Mu'in bin Muhammad al-Amin, al-Qadi Abu Bakar dan
lain-lain.1s
16 Umar bin Hasan al-Falatah , 1401 H, al-Wad 'u Fi al-Hadith, jil.
3, him. 67-68, Dimasyk : Maktabah al Ghazali.
17 lbn Abd al-Bar,
Yusuf bin Abd Allah , t.th , Jami ' Bayan al-'llmi wa Fadlihi, him. 22, Mesir :
Ummu al Qura Ii al-Tiba'ah.
1s Abd al-Karim bin Abd Allah
al-Khudayr , 1997 M, al-Hadith Da'if wa a/-Hukm al-lhtijaj Bihi, him. 250- 260,
Riyad : Dar al-Muslim.
2. Larangan Beramal Dengan Hadis Da'if
Hujjah yang
dikemukakan diantaranya :
-Bilangan hadis Sahih yang sangat banyak
dalam bidang Fada'il, Targhib dan Tarhib sudah mencukupi seorang muslim dalam
pengamalan agamanya. Sewajarnya dia tidak perlu lagi mengambil hadis Da'if dalam
masalah ini kerana ia termasuk sebahagiaan daripada tiang agama.19
-Hadis Da'if hanya memberikan faedah Zhan al-Marjuh (sangkaan yang
tidak kuat) dan Rasul SAW mencela al-Ohan dalam salah satu hadisnya :
20 1 yl uJ:;.11 ut.9 uJ:;.11 .J r-St.,il : .J .&1 .&1 JY""_)
Jt.9
Maksudnya : Jauhilah sangkaan, sesunguhnya sangkaan adalah
percakapan yang paling dusta.
Pendapat ini dinisbahkan kepada
beberapa ulama diantaranya : Yahya bin Ma'in, al Bukhari, Muslim, lbn Hazm, lbn
al-'Arabi, lbn Taymiyyah, al-Shawkani, Ahmad Muhammad Shakir dan al-Albani.21
3. Boleh Beramal Dengan Hadis Da'if Dengan Beberapa Syarat.
Pendapat ini adalah yang pertengahan dengan kedua-dua pendapat yang
sebelumnya. lni merupakan pendapat jumhur ulama bukannya kesepakatan ulama
sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Nawawi. lni disebabkan ramai ulama besar
yang tidak berpendapat seperti ini, sebagaimana yang telah disebutkan namanya
dalam pendapat pertama dan kedua.
Terdapat 3 syarat yang dikemukakan
oleh para ulama22 iaitu :
19 Umar bin Hasan al-Falatah, 1401 H, al-Wad 'u Fi al-Hadith, jil.
3, him. 71, Dimasyk : Maktabah al Ghazali.
20 al-Bukhari , Muhammad
bin lsma'il, 1407H/1987M, Sahih al-Bukhari , Kitab : al-Birr, Bab : Ma Yunha An
Tahasud Wa al-Tadabur , jil. 5, nh. 5717, him. 2253, Bayrut : Dar lbn Kathir,
Tahqiq : Mustafa Dib al Bugha.
21 Abd al-Karim bin Abd Allah
al-Khudayr , 1997 M, al-Hadith Da'if Wa al-Hukm al-lhtijaj Bihi, him. 262- 273,
Riyad : Dar al-Muslim.
22 al-Tahanawi , Ahmad al-Uthmani , t.th ,
Qawa'id Fi 'Ulum al-Hadith, jil. 5, him. 94, Bayrut : Maktabah al-Matbu'ah
al-lslamiyyah , Tahqiq : Abd al-Fattah Abu Ghuddah.
a. Bukan merupakan hadis yang sangat Da'if. Dengan syarat ini,
ertinya hadis yang diriwayatkan oleh al-K adhdhabun (pendusta), al-Muttaham bil
Kadhab (yang dituduh berdusta) dan perawi yang sangat banyak kesalahannya tidak
dapat diterima haditnya, termasuklah di dalamnya hadis Mawdu'.
b.
Hadis tersebut berada dalam landasan syarak yang di amalkan. Maksudnya ialah :
hadis tersebut bersesuain maknanya dengan ayat al-Quran dan hadis yang Sahih.
c. Beramal degan hadis tersebut dengan niat memberi perhatian yang
lebih agar mendapatkan keutamaan dan kelebihan. Maksudnya ialah : ketika beramal
dengan hadis Da'if dalam permasalahan ini, bukanlah kerana kita meyakini bahawa
hadis tersebut berasal daripada Rasul SAW, namun kerana kita berhati-hati dalam
perkara agama, untuk mendapatkan pahala daripada hadis-hadis Targhib ataupun
tidak mendapatkan dosa daripada hadis-hadis Tarhib. Sebahagian ulama menambahkan
syarat-syarat lain selain daripada 3 syart ini, namun tidak di nyatakan di sini
kerana sebahagian syarat tersebut sudah termasuk dalam 3 syarat di atas ataupun
sudah sedia maklum yang tidak memerlukan penjelasan lagi seperti syarat tidak
bertentangan dengan hadis yang Sahih.
Dalam permasalahan ini,
penulis lebih menguatkan pendapat ketiga iaitu boleh beramal dengan hadis Da'if
dengan 3 syarat dengan beberapa alasan :
a. Hadis yang digunakan
oleh pendapat pertama sebagai dalil merupakan hadis Mawdu'.23
b.
Dibolehkannya pengambilan hadis Da'if secara mutlak akan mengakibatkan
tersebarnya bid'ah dan khurafat, kerana bid'ah dan khurafat banyak terdapat pada
hadis yang sangat Da'if
c. Pendapat kedua yang berhujjah bahawa
hadis Sahih sudah mencukupi dan tidak perlu lagi kepada hadis Da'if, ini memang
suatu hal yang disepakati
23 Muhammad Tahir al-Fattani al-Hindi, t.th, Tadhkirah al-Mawdu 'at,
him. 28, T.tp : T.pt.
antara pendapat kedua dan ketiga kerana di antara syarat yang mereka
sebutkan hadis tersebut berada dalam landasan syar'i yang dia amalkan,bukan
merupakan suatu hukum yang baru yang berdiri sendiri.
d. Syarat
beramal dengan niat ihtiyat (memberi perhatian yang lebih agar mendapatkan
keutamaan dan kelebihan atau berhati-hati dalam mengerjakan ajaran agama)
merupakan jawaban atas hujjah pendapat kedua yang mewajibkan pengambila hukum
"harus dan sunat" daripada hadis yang Sahih, kerana hadis Da'if di sini hanya
untuk ihktiyat sahaja, bukan sebagai pengambilan hukum.
3.3 Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if Dalam Bidang Ahkam
Ulama
berbeza pendapat adakah hadis Da'if boleh dijadikan hujjah dalam ahkam seperti
penentuan halal dan haram atau sesuatu perkara itu wajib, sunat, harus, makruh
dan haram. Perkara yang dimaksudkan oleh para ulama tentang hadis Da'if dalam
permasalahan ini adalah hadis Da'if yang masih boleh dikuatkan oleh hadis Da'if
yang lain seperti perbahasan pada bab fada'il. Dalam permasalahan ini terapat
dua pendapat ulama iaitu :
1. Boleh beramal dengan hadis Da'if dalam
masalah Ahkam.
Diantara hujjah yang dikemukakan adalah hadis Da'if
merupakan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW. la lebih kuat daripada qiyas
dan pendapat para ulama dari kalangan ahli fiqh.24 Di samping itu tidak terdapat
hadis Sahih yang bertentangan dengannya dan tidak terdapat hadis lain dalam bab
tersebut selain daripadanya. 25 Pendapat ini dinisbahkan kepada beberapa orang
ulam di antaranya : Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad, Imam al-Nasa'i,
Imam Abu Daud dan lain-lain.
24 al-Tahanawi, Ahmad al-Uthmani, t.th, Qawa'id Fi 'Ulum al-Hadith,
jil. 5, him. 92, Bayrut : Maktabah al-Matbu'ah al-lslamiyyah, Tahqiq : Abd
al-Fattah Abu Ghuddah.
25 Abd al-Karim bin Abd Allah al-Khudayr,
1997 M, al-Hadith Da'if wa a/-Hukm al-lhtijaj Bihi, him. 250, Riyad : Dar
al-Muslim.
2. Tidak boleh beramal dengan hadis Da'if dalam masalah Ahkam.
Oiantara hujjah yang dikemukakan adalah :
Bilangan hadis Sahih yang
sangat banyak dalam bidang ahkam sudah mencukupi seorang muslim dalam pengamalan
agamanya. Sewajarnya dia tidak perlu lagi mengambil hadis Da'if dalam masalah
ini.26
Harus dan sunat termasuk dalam hukum syarak yang lima iaitu
wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Kelima-lima hukum ini mestilah ditetapkan
dengan hadis yang Sahih bukan dengan hadis yang Da'if.
Hadis Da'if
hanya memberikan faedah Ohan al-Marjuh (sangkaan yang tidak kuat) sahaja
sedangkan Allah Ta'ala mencela Ohan.
Oalam masalah ini penulis lebih
menguatkan pendapat kedua yang menyatakan bahawa tidak boleh beramal degan hadis
Da'if dalam masalah ahkam, alasannya ialah:
Hadis yang Sahih
sangatlah banyak dan sudah mencukupi bagi seorang muslim dalam mengamalkan
ajaran agamanya.
Hukum syarak mesti ditetapkan dengan hadis yang
Sahih bukan dengan hadis yang Da'if.
Pendapat pertama yang
dinisbahkan kepada beberapa ahli fikh, bukanlah nas perkataan mereka, namun ini
diambil dari perhatian terhadap kitab-kitab karangan mereka.
Adapun
hadis-hadis yang mereka ambil sebagai hu]ah bukanlah hadis yang bersangatan
lemahnya sehingga tidaklah dapat dikatakan mereka menerima hadis Da'if secara
mutlak, akan tetapi mereka mengambil hadis-hadis Oa'if yang masih boleh naik
menjadi hadis Hasan Lighayrih.
2s Umar bin Hasan al-Falatah, 1401 H, al-Wad'u Fi al-Hadith, jil. 3,
him. 71, Dimasyk : Maktabah al Ghazali.
3.4 Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if Dalam Bidang Tafsir dan Qira'at
Semua ulama sepakat bahawa hadis Da'if tidak boleh dijadikan dalil
dalam menafsirkan al-Quran dan dalam pengambilan qiraatnya. lbn 'Allan berakata
: mentafsirkan al-Quran tidak boleh kecuali dengan hadis Sahih dan Hasan27 .
Shaikh Muhammad Husayn Dhahabi berkata : adapun tafsir al-Quran dengan al-Quran
atau dengan sunnah yang Sahih, semua itu tidak ada khilaf dalam penerimaannya
kerana tidak ada kelemahan dan tidak ada keraguan sedikitpun di dalamnya. Adapun
yang dinisbakah kepada Nabi SAW, dan terdapat kelemahan dalam sanad dan
matannya, maka itu ditolak tidak diterima sedikitpun dan tidak benarlah
nisbahnya kepad Nabi SAW.28 Adapun wujudnya riwayat lsra'iliyyat dalam
kitab-ktab tafsir, bukanlah merupakan suatu keizinan dari pengarangnya terhadap
bolehnya pengambilan hadis Da'if dan lsra'iliyyat sebab para ulama ahli tafsir
sudah menerangkan dalam muqaddimah kitabnya tentang hukum tersebut seperti lbn
Kathir dan lbn 'Atiyyah. Dan dalam pengambilan qiraah al-Quran permasalahannya
sudah jelas kerana perbezaan yang terjadi antara ulama : apakah hadis Ahad yang
Sahih boleh digunakan dalam menentukan qiraah ataukah hanya hadis Mutawatir?
Kalaulah hadis Ahad Sahih masih terdapat perbezaan dalam penerimaannya apatah
lagi hadis yang Da'if
3.5 Hukum Beramal Dengan Hadis Da'if Dalam Bidang al-Siyar (sejarah hidup
Rasulullah) dan al-Maghazi (sejarah peperangan Nabi SAW)
Kebanyakan
ulama tidak memperketat penerimaan hadis dalam bidang Siyar dan al-Maghazi, dan
mereka hanya mensyaratkan agar ulama tarikh tersebut seorang yang 'Adil dan
Benar, sehingga dia dapat membezakan riwayat tarikh yang benar dan riwayat yang
salah. Imam Ahmad berkata : lbn lshaq seorang yang ditulis hadisnya dalam sirah,
maghazi dan lainnya dan ketika datang permasalahan halal dan haram,
27 Muhammad Allan al-Siddiqi, 1347 H, a/-Futuhat al-Rabbaniyah 'Ala
Azkar al-Nawawiyah, jil. 1, him. 86, Mesir : Matba'ah Sa'adah.
2s
Muhammad Husayn al-Dhahabi, 1381H, Tafsir a/-Muffasirun, jil : 1, him. 156, T.tp
: Matba'ah Dar al Kutub al-Hadithah.
maka yang kami inginkan perawi yang seperti ini kemudian beliau
mengepalkan jari jari tangan beliau29 (maksudnya perawi yang Thiqqah). Untuk
beramal dengan hadis hadis Mawdu' sudah disepakati bahawa ianya terlarang dan
tidak dibenarkan sebab sudah jelas kedustaan yang di ada-adakan kepada Nabi SAW.
Wallahu A'lam.
4. Metodologi kajian
Kajian artikel ini menggunakan metodologi
kualitatif. Pendekatan metode kepustakaan digunakan untuk menganalisis hasil
karya Sheikh Nawawi al-Bantani terutama berkaitan analisis terhadap hadis-hadis
yang terdapat dalam kitab Nasa'ih al- 'lbad. Pengumpulan data adalah metode yang
paling umum untuk mendapatkan data atau fakta yang berkaitan dengan subjek
kajian ini. Sumber primer kajian ini adalah kitab Nasa'ih al-'lbad hasil
penulisan Sheikh Nawawi al-Bantani sendiri. Manakala sumber sekunder pula ialah
merujuk kepada buku-buku, jurnal, majalah, makalah-makalah serta sumber lain
yang berkaitan.
4.1 Skop Kajian
Dalam kitab Nasa'ih al-'lbad
terdapat 341 hadis bermula dari bab 1-10, daripada kesemua hadis tersebut, ianya
mengandungi pelbagai hukum dan kedudukan hadis sama ada Sahih, Hasan, Da'if,
Da'if Jiddan, Mawdu' dan bahkan ada yang tidak ditemui sumbernya. Namun di sini
penulis hanya memfokuskan 236 hadis mulai dari bab 5-10.
5. Hasil dan Perbincangan
Dalam kitab Nasa'ih al- 'lbad mulai
dari bab 1-10 terdapat 341 hadis, daripada jumlah tersebut terdapat pelbagai
hukum dan kedudukan hadis sama ada Sahih, Hasan, Da'if, Da'if Jiddan, Mawdu'dan
bahkan ada yang tidak dikesan sumbernya sama sekali. Setelah dibuat kajian maka
didapati semua hadis Da'if yang terdapat dalam kitab Nasa'ih al-'lbad ini adalah
117 hadis Da'if atau sekitar 34% dan 71 hadis
29 Abd al-Karim bin Abd Allah al-Khudayr, 1997 M, al-Hadith Da'if wa
a/-Hukm al-lhtijaj Bihi, him. 320, Riyad : Dar al-Muslim.
Mawdu' atau sekitar 21 %. Namun dalam kajian ini penulis hanya
fokuskan kepada bab 5-10 saja dan hadisnya berjumlah 236 hadis. Majoriti hadis
dalam kitab tersebut lebih menitik beratkan kepada hadis-hadis berisikan nasihat
atau Targhib wa Tarhib. Selain itu didapati juga hadis-hadis yang mengandungi
amalan sehari-hari. Di sini penulis ingin menghuraikan beberapa bentuk hadis
Da'if dan Mawdu ' yang dijadikan sebagai amalan keseharian masyarakat yang
terdapat dalam kitab Nasa'ih al- 'lbad. Antaranya
Maksudnya : Nabi SAW bersabda : barang siapa berwuduk dalam keadaan
masih suci maka dicatat untuknya sepuluh kebaikan. Hadis ini diriwayatkan oleh
Abi Dawud dalam Sunannya3o, al-Tirmidhi dalam Sunannya31, lbn Majah dalam
Sunannya32 dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra33 semuanya menerusi 'Abd Allah
bin 'Umar. Hadis ini adalah da'if disebabkan terdapat perawi bernama Abu Ghatif
al Hazali. Imam Tirmidhi mengatakan bahawa dia Majhul dan Imam al-Bukhari pula
mengakatan bahawa dia La Yutbi' Alahi34 dan 'Abd al-Rahman bin Ziyad al-Muqri',
beliau di Da'ifkan oleh Yahya bin Ma'in, al-Nasa'i dan lbn Adi35.
30 Abi Dawud, Sulayman bin al-Ash'ash, 1420/1999, Sunan Abi Dawud,
Kitab : al-Taharah , Bab : al Rajuli Yujaddid al-Wudu' Min Ghayri hadath, n h :
62, jil. 1, him. 37, al-Qahirah : Dar al-Hadith, Tahqiq
: Abd
al-Qadir Abd al-Khayr & Sayyid Muhmmad Sayid.
31 al-Tirmidhi,
Abu Isa Muhammad lbn Isa lbn Sawrah, 1419/1999, Sunan Tirmidhi, Kitab :
al-Taharah , Bab : Ma Ja'a Fi al-Wudu' Li Kulli Salat, n h : 59, jil. 1, him.
152, al-Qahirah : Dar al-Hadith, Tahqiq : Doktor Mustafa Muhammad Hussayn
al-Dhahabi.
32 lbn Majah, Abu Abd Allah Muhammad lbn Yazid
al-Qazwayni , 1419/1998, Sunan lbn Majah, Kitab : al-Taharah , Bab : al-Wudu'
'Ala Taharah, n h : 512, jil. 1, him. 219, al-Qahirah : Dar al-Hadith , Tahqiq :
Muhammad Fu'ad Abd al-Baqi.
33 al-Bayhaqi , Abu Bakar Ahmad bin
al-Husayn bin Ali al-Bayhaqi , 1420/1999, Sunan a/-Kubra, Kitab : al-Taharah ,
Bab : Tajdid al-Wudu', n h : 762, jil. 1, him. 251, Bayrut : Dar al-Qutub
al-llmiyyah , Tahqiq : Mustafa Abd al-Qadir Ata.
34 al-Tirmidhi, Abu
Isa Muhammad lbn Isa lbn Sawrah, 1419/1999, Sunan Tirmidhi, Kitab : al-Taharah ,
Bab : Ma Ja'a Fi al-Wudu' Li Kulli Salat, n h : 59, jil. 1, him. 152, al-Qahirah
: Dar al-Hadith, Tahqiq : Doktor Mustafa Muhammad Hussayn al-Dhahabi.
35 al-Dhahabi , Mizan al-l'tidal Fi Naqd al-Rijal, no : 4866 , jil.
3, him. 275-276.
Maksudnya : Nabi SAW bersabda : barang siapa yang memenuhi keperluan
saudaranya yang muslim, maka baginya pahala seperti orang yang berhaji dan
berumrah. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aym dalam Hilyah36, al-Khatib al
Baghdai dalam Tarikh Baghdad37 menerusi Anas bin Malik. Hadis ini adalah Mawdu '
disebabkan sanad hadisnya adalah Da'if Musa/sat daripada Jemaah kelompok Sufi
yang tidak dikenal (Majhun antaranya adalah Nawri, al-Siqtiodan al-Kurkhi.
Kemudian hadis ini pula Munqati' (terputusnya sanad) antara A'mash dan Anas bin
Malik kerana tidak Thabit pendengaran A'mash daripada Anas bin Malik. al-Munawi
mengatakan
bahawa hadis ini adalah palsu kerana terdapat tiga ahli
Sufi yang tidak aku kenal iaitu Nawri, al-SiqtiDdan al-K urkhi38. Albani juga
mengatakan bahawa hadis ini adalah Mawdu ' dalam Silsilah Ahadit Da'ifah wa
al-Mawdu'ah 39. Wallahu A'lam.
Maksudnya : Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : barang siapa
bangun pagi-pagi mengajarkan ilmu agamanya, maka ia akan masuk syurga
(diriwayatkan oleh Abu Nu'aym). Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aym dalam al
Hilyah40 melalui Abu Sa'id al-Khudri. Hadis ini Mawdu ' disebabkan terdapat
perawi lsma'il bin Yayha al-Taymi dan dia adalah pemalsu hadis dan Kadhahab.
Salih bin Muhammad Jazarah mengatakan bahawa dia pemalsu hadis, lbn 'Adi
mengatakan
36 Abu Nu'aym al-Asfahani , Ahmad lbn Abd Allah , 1988, Hilyah
al-Awliya ' wa Tabaqat al-Asfiya',jil. 10, him. 254-255 , bayrut : dar al-kutub
al-ilmiyyah.
37 al-khatib al-Baghdadi , Ahmad bin Ali al-Khatib
al-Baghdadi ,1417/1997, Tarikhh Bagdad, jil. 5, him. 338-339., Bayrut : Dar
al-Qutub al-llmiyyah , Tahqiq : Mustafa Abd al-Qadir Ata.
38
al-Munawi, Muhamamd lbn Abd al-Ra'uf, 13561 1938, Fayd al-Qadir Sharah Jami '
a/-Saghir , jil. 6, him. 205, Misr : Matba'at Mustafa Muhammad.
39
al-Albani, Silsilah Ahadith Da'ifah wa al-Mawdu 'ah, n h : 753, jil. 2, him.
174-175.
40 Abu Nu'aym al-Asfahani , Ahmad lbn Abd Allah , 1988,
Hilyah al-Awliya' wa Tabaqat al-Asfiya ', jil. 7, him. 251, Bayrut : Dar
al-Kutub al-llmiyyah.
bahawa hadis yang diriwayatkannya ini adalah batil dan palsu,
al-Azadi, Dar al Qutniodan al-Hakim mengatakan bahawa dia adalah Kadhdhab, dan
al-Dhahabi pula mengatakan bahawa ulama sepakat untuk meninggalkannya41.
al-Albaniojuga menghukum hadis ini Mawdu' dalam Silsilah Ahadis Da'if wa
al-Mawdu'ah42.
Maksudnya : Nabi SAW bersabda : barang siapa yang memohon ampunan
bagi orang mukmin dan mukminat, nescaya Allah mencatatkan baginya kebaikan
setiap orang mukmin dan mukminat. Hadis ini diriwayatkan oleh al-tabarani dalam
Musnad al-Shamiyyin 43, daripada 'Ubadah bin Samit. Hadis ini Da'if
sebab terdapat
perawi yang cacat kedudukannya, di antaranya ialah
Bakar bin Khunays. lbn Ma'in, al Nasa'i dan Abu hatim menDa'ifkannya 44. Perawi
yang kedua 'Utbah bin Humayd, Abu Hatim mengatakan bahawa dia Salih sedangkan
Ahmad mengatakan bahawa dia Da'if
dan tidak Qawwi45 . Perawi
selanjutnya adalah Isa bin Sinan dan dia adalah seorang
yang Da'if
dan Layyin sepertimana yang dikatakan oleh Ahmad, lbn Ma'in dan Abu Hatim46.
Hadis ini juga diDa'ifkan oleh al-Suyuti sebagaimana disebutkan oleh al Munawi
dalam Fayd al-Qadir47.
41 al-Dhahabi , Mizan al-l'tidal Fi Naqd al-Rijal, no : 965, jil. 1, him. 253.
42 al-Albani, Silsilah Ahadit Da'if wa al-Mawdu 'ah, n h : 4624, jil. 10, him. 138-139.
43 al-Tabarani , Sulayman bin Ahmad bin Ayyub al-Tabarani , 1409 H/1989M, Musnad al-Shamiyyin , n h
: 2155, jil. 3, him. 234, Bayrut : Mu'assasah al-Risaalh , Tahqiq : Hamdi 'Abd al-Majid al-Salafi.
44 al-Dhahabi , Mizan al-l'tidal fi Naqd al-Rijal, no : 1279, jil. 1, him. 344. 45 al-Dhahabi , Mizan al-l'tidal fi Naqd al-Rijal, no : 5470, jil. 3, him. 425. 46 al-Dhahabi , Mizan al-l'tidal fi Naqd al-Rijal, no : 6568, jil. 4, him. 232.
47 al-Munawi, Fayd al-Qadir Sharah Jami ' Saghir, n h : 8419, jil : 6, him. 57.
Maksudnya : Nabi SAW bersabda : barang siapa yang memohon ampunan bagi orang-orang mukmin dan mukminat setiap hari sebanyak 27 kali, maka orang tersebut termasuk orang yang dikabulkan doanya dan menjadi penyebab turunnya rezeki kepada penduduk bumi (diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Abi Darda'). Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir4s daripada Abu Darda'. Haythami mengatakan bahawa hukum hadis ini adalah Da'if Jiddan kerana perawinya bernama Uthman lbn Abi 'Atikah diDa'ifkan oleh jumhur ulama49. al-Shawkani mengatakan dalam Tuhfaat al-Zakirinnya bahawa dia Da'if Jiddan dan Munkar5°. Hadis ini juga dilemahkan oleh al-Suyuti, sebagaimana disebutkan oleh al-MunawiDdalam Fayd al-Qadirnyas1.
Tabel 1 : Hasil Kajian Hadis-Hadis Da'if, Da'if Jiddan dan Mawdu' Dalam Kitab Nasa'ih al-'lbad Mulai Bab 5-10.
Bab |
|
Hukum Hadis |
|
|
Da'if |
Da'if Jiddan |
Mawdu' |
5 |
6 |
0 |
9 |
6 |
14 |
2 |
16 |
7 |
6 |
2 |
6 |
8 |
6 |
2 |
8 |
9 |
0 |
0 |
3 |
10 |
36 |
16 |
23 |
Jumlah |
68 |
22 |
65 |
Persen (%) |
28.8 |
9.3 |
27.5 |
48 al-Tabarani , Abu al-Qasim Sulayman lbn Ahmad, t.th, MuJam
al-Kabir , n h : 407, jil. 19, him. 180, t.tp
: Dar al-Ma'rifah,
Tahqiq : Hamdi Abd al-Majid al-Salafi.
49 al-Haythami, Nur al-Din
Ali bin Abi Bakar al-Haythami , 1414/1994, Majma' Zawa'id wa Manba' al Fawa'id,
Kitab : al-Tawbah, Bab : lstighfar Ii al-Mukmin wa al-Mukminat, jil. 10, him.
210, al-Qahirah : Maktabah al-Qudsi.
50 al-Shaukani , Muhammad bin
'Ali bin Muhammad al-Shaukani , tth, Tuhfah al-Dhakirin, Bab : al lstighfar ,
him. 256, Bayrut : Maktabah al-Thaqafiyah.
51 al-Munawi, Fayd
al-Qadir Sharah jami' saghir, n h : 8419, jil. 6, him. 57.
Syeikh Nawawi al-Banteni sebagai salah seorang ulama yang masyhur
pada masanya mempunyai karya-karya amat bermutu dan tinggi nilainya. Di
antaranya ialah kitab Nasa'ih al- 'lbad yang menjadi sumbangan beliau bagi
masyarakat dan kalangan pelajar agama sehingga senantiasa menjadi bahan bacaan
dan rujukan hingga ke hari ini. Kitab ini bukan sekedar masyhur sebagai bahan
bacaan dan rujukan saja, tetapi di dalamnya mengandungi banyak hadis-hadis Nabi
SAW. Selain itu ada juga atsar sahabat, kata-kata hikmah, sya'ir-sya'ir Arab dan
hikayat. Berbicara tentang hadis tentunya kita tidak terlepas daripada hukum
hadis baik itu yang Sahih, Hasan, Da'if, Da'if Jiddan maupun Mawdu'. Hadis Sahih
dan Hasan sudah tentu boleh dijadikan hujjah baik itu hujjah untuk akidah
mahupun ibadah. Sedangkan hadis Da'if, Da'if Jiddan dan Mawdu' merupakan hadis
Mardud yaitu hadis yang tertolak, tertolak untuk berhujjah dari segi akidah,
namun ada sebagiaannya boleh dijadikan hujjah dalam Fada'il al-Amal apabila
telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama. Oleh itu
dalam kajian ini penulis mengkaji sebanyak 236 hadis bermula dari bab 5 hingga
bab 10, didapati 68 hadis Da'if (28.8 %), 22 hadis Da'if Jiddan (9.3 %) dan 65
hadis Mawdu' (27.5%). Disimpulkan, bahwa hampir 50 % hadis-hadis Da'if dan
Mawdu' yang terdapat dalam bab 5-10 yang tidak boleh dijadikan sandaran hukum
dan rujukan karena status hadisnya yang tertolak. Hanya 23.0% yang dapat
dijadikan sandaran dalam Fada'il al-Amal jika sekiranya telah memenuhi
syarat-syarat yang ditentukan oleh para ulama seperti yang penulis dijelaskan di
atas.
Kesimpulan
Setelah menganalisa kitab Nasa'ih al-'lbad ini
ianya bermula dari bab 5-10, dapat disimpulkan bahwa kitab Nasa'ih al-'lbad
mengandungi hadis Sahih dan Hasan yang dapat dijadikan Hujjah dalam amalan.
Selain itu, terdapat juga hadis Da'if, Da'if Jiddan (sangat Da'if), Mawdu'
bahkan ada yang tidak ditemukan sumber aslinya. Jumlah hadis Da'if dan Mawdu'
dalam kitab ini lebih banyak daripada hadis Sahih dan
Hasan. Selain itu dalam kajian ini, penulis lebih memfokuskan kepada
hadis Da'if, Da'if Jiddan dan Mawdu'.
Rujukan
Abd al-K arim bin Abd Allah al-K hudayr. 1997.
al-Hadis Da'if wa al-Hukm al-lhtijaj Bihi.
Riyad : Dar al-Muslim.
Abi Dawud, Sulayman bin al-Ash'ash. 1420/1999. Sunan Abi Dawud.
al-Qahirah : Dar al-Hadis, Tahqiq : Abd al-Qadir Abd al-Khayr & Sayyid
Muhmmad Sayid.
Abu Nu'aym al-Asfahani, Ahmad lbn Abd Allah. 1988.
Hilyah al-Awliya' wa Tabaqat al Asfiya'. Bayrut : Dar al-Kutub al-llmiyyah.
Agus Sutopo. 2008. Sumbangan Nawawi al-Bantani Dalam Bidang Hadis :
Kajian Terhadap Kitab Tanqih al-Qawl. Disertasi Majister, Jabatan al-Quran dan
Hadis, Universiti Malaya.
al-Albani, Muhammad Nasr al-Din.
1420/2000. Silsilah Ahadis Da'ifah wa al Mawdu'ah, Riyad : Maktabah al-Maarif.
al-Bantani, Muhammad Nawawi. t.th. Nasa'ih al-'lbad Fi Bayan Alfaz
Munabbihat 'Ala al-lsti'dad Ii Yaum al-Ma'ad. Indonesia : Dar lhta' al-K utub
al-'Arabiyah.
al-Bayhaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husayn bin Ali
al-Bayhaqi. 1420/1999. Sunan al Kubra. Bayrut : Dar al-Qutub al-llmiyyah,
Tahqiq : Mustafa Abd al-Qadir Ata.
al-Tabarani, Abu al-Qasim
Sulaiman lbn Ahmad. t.th. Mujam al-Kabir. t.tp : Dar al Ma'rifah, Tahqiq :
Hamdi Abd al-Majid al-Salafi.
al-Tabarani, Sulayman bin Ahmad bin
Ayyub al-Tabarani. 1409 H/1989M. Musnad al Shamiwin, Bayrut : Mu'assasah
al-Risalah, Tahqiq : Hamdi 'Abd al-Majid al Salafi.
al-Tahanawi,
Ahmad al-Uthmani. t.th. Qawa'id Fi 'Ulum al-Hadis. Bayrut : Maktabah al-Matbu'ah
al-lslamiyyah, Tahqiq : Abd al-Fattah Abu Ghuddah.
al-Tirmidhi, Abu
Isa Muhammad lbn Isa lbn Sawrah. 1419/1999. Sunan Tirmidhi. al Qahirah : Dar
al-Hadis, Tahqiq : Doktor Mustafa Muhammad Hussayn al Dhahabi.
Asnawi. 1989. Pemikiran Sheikh Nawawi Tentang Ayat Qada' dan Qadar
Dalam Kitab Tafsimya Marah Labib. Jakarta : IAIN Syarif Hidayatullah.
Bruinesen, Martin Van. 1415/1995. Kitab Kuning (Pesantren dan
Tarekat). Bandung : Mizan.
al-Bukhari, Muhammad bin lsma'il.
1407H/1987M. Sahih al-Bukhari. Bayrut : Dar lbn Kathir, Tahqiq : Mustafa Dib
al-Bugha.
Chaidar. 1978. Sejarah Pujangga Islam Syaikh Nawawi
Banteni. Jakarta : CV Sarana Utama.
al-Dhahabi, Muhammad lbn Ahmad
lbn Uthman. 1416/1995. Mizan al-l'tidal Fi Naqd al-Rijal. Bayrut : Dar al-Qutub
al-llmiyyah, Tahqiq : Ali Muhammad al Mu'awwad.
Ensiklopedia Islam. 1994. Jakarta : PT lchtiar Baru Van Hoeve.
Ensiklopedia Islam Indonesia. 1993. Jakarta : Depdikbud Indonesia.
al-Haythami, Nur al-Din Ali bin Abi Bakar al-Haythami. 1414/1994.
Majma' Zawa'id Wa Manha' al-Fawai'id. al-Qahirah : Maktabah al-Qudsi.
lbn Abd al-Bar, Yusuf bin Abd Allah. t.th. Jami' Bayan al-'llmi wa
Fadlihi. Mesir : Ummu al-Qura Ii al-Tiba'ah.
lbn Majah, Abu Abd
Allah Muhammad lbn Yazid al-Qazwayni. 1419/1998. Sunan lbn Majah. al-Qahirah :
Dar al-Hadis, Tahqiq : Muhammad Fu'ad Abd al-Baqi.
Johns, A.H. t.th.
Qur'anic Exegesis in the Malay Word, t.tp : t.pt.
Karel, S.A. 1984.
Beberapa Aspek Tentang Islam di Indonesia Abad ke 19. Jakarta : Terjemahan Bulan
Bintang.
al-Khatib al-Baghdadi, Ahmad bin Ali al-K hatib
al-Baghdadi. 1417/1997. Tarikhh Bagdad. Bayrut : Dar al-Qutub al-llmiyyah,
Tahqiq : Mustafa Abd al-Qadir Ata.
Muhammad Tahir al-Fattani
al-Hindi. t.th. Tadhkirah al-Mawdu'at. T.tp : T.pt. Muhammad Allan al-Siddiqi.
1347 H. al-Futuhat al-Rabbaniyah 'Ala Azkar al
Nawawiyah. Mesir :
Matba'ah Sa'adah.
Muhammad Husayn al-Dhahabi. 1381 H. Tafsir
al-Muffasirun. T.tp : Matba'ah Dar al Kutub al-Hadisah.
al-Munawi,
Muhamamd lbn Abd al-Ra'uf. 1356/ 1938. Fayd al-Qadir Sharah Jami' al Saghir.
Misr : Matba'at Mustafa Muhammad.
Rafi'uddin Ramli, H. t.th. Sejarah
Hidup dan Silsilah Keturunan Sheikh Nawawi Banteni. Banten : Yayasan Nawawi
Tanara.
Sarkis, Yusuf 'Allan. t.th. Mujam al-Matbu'ah al-'Arabiwah
wa al-Mu'arrabah. al Qahirah : Maktabah al-Thaqafah al-Diniyyah.
al-Shaukani, Muhammad bin 'Ali bin Muhammad al-Shaukani. T.th.
Tuhfah al-Dhakirin.
Bayrut : Maktabah al-Thaqafiyah.
Umar lbn Hasan al-Falatah. 1401 H. al-Wad'u Fi al-Hadis. Dimasyk :
Maktabah al Ghazali.
Sumber:
HUDAN··L•IN··-NAAS
Jurnal llmu Sosial dan Humaniora
Volume: 2, no• •1,
an•u•ari-Juni 2021
ISSN: 2580-3409 (Print), 2580-3972 (Online)
http://ejournal. idia.ac.id/index.php/hudanli nnaas/index
JUDUL: HADIS DA'IF DAN MAWDU' DALAM KITAB NASA'IH AL-'IBAD OLEH NAWAWI BANTEN : ANALISA TERHADAP KONTEN HADIS
PENULIS: Arwansyah
bin Kirin1, Siti Marpuah2 Muhammad Masruri3
1.2.3 Dosen di Jabatan
Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia arwansyah@uthm.edu.my